Sabtu, 28 Julai 2012

Adab Sebelum Makan

1. Makanan yang halal

Hendaklah berusaha mendapatkan makanan yang halal dan baik serta tidak mengandungi unsur-unsur yang haram, ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu ....” (Surah al-Baqarah, 172)

2. Betulkan niat

Niatkan tujuan dalam makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah dan hal-hal lain yang berguna.

3. Mencuci tangan

Mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur sedangkan baginda dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk terlebih dahulu dan apabila hendak makan, baginda mencuci ke dua tangannya terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)

4. Hidangkan makanan

Meletakkan hidangan makanan di atas seprah (alas yang biasa dipakai untuk meletakkan makanan) di atas lantai, tidak diletakan di atas meja makan, kerana hal itu lebih mendekatkan pada sikap tawaduk. Hal ini sebagaimana hadis dari Anas r.a., dia berkata “Rasulullah SAW tidak pernah makan diatas meja makan dan tidak pula di atas sukurrujah.” (Hadis riwayat Bukhari no. 5415)

5. Duduk dengan tertib

Hendaknya duduk dengan tawaduk, iaitu duduk di atas kedua lututnya atau duduk di aras punggung kedua kaki atau berposisi dengan kaki kanan ditegakkan dan duduk diatas kaki kiri. Sebagaimana posisi duduk Rasulullah SAW yang didasari dengan sabda baginda, “Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba makan dan aku pun duduk sebagaimana layaknya seorang hamaba duduk.” (Hadis riwayat Bukhari no.5399)

6. Bersyukur dengan apa yang dihidangkan

Hendaknya merasa syukur dan redha dengan makanan apa saja yang telah dihidangkan dan tidak mencela makanan, berdasarkan hadis Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a., “Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan apabila baginda berselera, baginda memakannya. Sedangkan jika tidak suka (tidak berselera), maka baginda meninggalkannya.” (Hadis riwayat Bukhari no. 3563)

7. Makan berteman

Hendaknya makan bersama-sama dengan orang lain, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu, sebagaimana hadis Rasul Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berkumpulah kalian dalam menyantap makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 3764)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan